Tuesday, 8 January 2013

My Prince - 6 bulan

Salam,

Dah lama tak tulis blog .. mula2 nk cite apa ye.. ok first syukur kepada Allah atas segala nikmat & kurniaan y' di berikan kepada dinda sekeluarga.. 2nd, alhamdulillah selamat sudah majlis kesyukuran dan cukur jambul putera dinda "khashah adani". terima kasih kepada semua tetamu y hadir pada majlis y tak seperti nya..

*dinda rasa happy sangat sbb putera dinda semakin membesar & skrang ni dh pndai meniarap & mara kan badan nya ke depan n ke belakang.. pusing2 mcm helikoter.. dh pndai angkat bontot y berat dh mcm nk merangkak plk...tak sabar nk tngok dia bjalan plk.. hehehe .. skrang ni kepala dia dh botak .. comel sgt.. hehe .. (nnti de time dinda masuk kn gambar putera dinda y dh botak tu.. ) ..
putera dinda skrang ni manja ngan atok nye.. hehe iye lah sbb bnyk duduk sane.. hehe .. tp nasib baik dia tak lupa bau mummy dia.. n still lg nk bermanja2 ngan mummy & daddy dia ..
22hb ni last nk bawak putera dinda g cucuk.. hope dia tak demam ..
ok la .. nnti dinda sambung lg k.. bye....  love u ..

mummy love daddy & khashah adani ... muuuaahhhh

Sunday, 14 October 2012

hOLIDAY wetWorld & ICT, SHAH alam

Assalamualaikum
Helo semua..
Awal bulan suami dinda, bawa dinda ngan putera dinda pergi WetWorld, Shah Alam .. tp dinda ngan putera dinda tak mandi la.. almaklumla, putera dinda baru berapa bulan.. kebetulan suami dinda de perjumpaan ngan kawan2 sekolah lama dia, so dinda just follow je laa. adat lah kalau dah berkahwin kene la ikut n kenal kawan suami kita juge.. lepas g WetWorld belah malam nye plak suami dinda bawa kita orang pergi ICT, Shah Alam, kebetulan juga kawan suami dinda dari Melaka nak pergi .. seronok la juga.. putera dinda bukan main lagi bulat2 mata dia tengok lampu.. so ni de la gambar kt ICT, Shah Alam..
Now, putera dinda dah 3 bulan. Dia dh pandai gelak2 & tengok tV.. seronok bila tengok baby kita membesar depan kita.. banyak gelagat dia.. putera dinda ni kuat nangis sikit.. (mengada2) sbb dimanjakan nenek & atok nye.. heheh .. ape2 pun mummy sayang Khashah Adani... muuuuaaahhh...



Sunday, 30 September 2012

My Family

Assalamualaikum,
30 September 2012 : 1 tahun bahtera perkahwinan yang dibina dinda & kanda. Dengan kuasa Allah, Allah telah kurniakan seorang Putera pada dinda dan ini adalah hadiah yang paling istimewa untuk dinda & kanda. Walaupun tiada sambutan yang dibuat tetapi cukup sekadar 1 cium dari suami tercinta sebab dinda dah dapat hadiah yang tak nilai harganya iaitu Khashah Adani (putera dinda)..
Untuk Kanda : dinda ucapakan ribuan terima kasih atas segalanya.. atas kesabaran kanda pada kerenah dinda.. dinda harap ikatan yang kita bina ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kita dan kita akan berjumpa di alam sana. 
Untuk Khashah Adani ~ mummy sayang sangat pada Khashah. mummy doa kan Khashah adakan jadi seorang yang anak yang Soleh & bijak.. 
so today, dinda akan kongsikan beberapa gambar family kecil dinda untuk tatapan semua..
Khashah & Mummy 
Khashah & Daddy
Khashah Adani ; main ngan kipas <3
Khashah Adani ; tido dengan lena .. mimpi indah putera mummy
Kanda & Dinda ; Selangor vs Singapore 



Wednesday, 19 September 2012

2 bulan - Khashah Adani

Assalamualaikum,
Sudah 2 bulan usia putera dinda sekarang. Syukur pada Allah sebab dapat melihat pembesaran putera dinda. Khashah sekarang dah kurang meragamnya. Dalam usia sekarang ni, Khashah dapat nampak dan bila di agah-agah dia dah boleh tersenyum.. gembira dinda bila Khashah dah tersenyum bila diusik. Tidur pun sekarang senang, lepas bagi susu terus tidur.. Macam-macam style Khashah tido.. kelakar kadang2 tengok gelagat dia.. Sekarang ni, ayah dinda y jge dia, atok nye kalau boleh tak nk org lain jge.. almaklum la cucu sulung la kata kan.. di manja lebih sgt.. Daddy khashah tak bg sangat dimanja-manja kan .. tp iye lah nk buat mcm mane, memang Khashah akan menjadi cucu kesayangan.. mummy doakan semoga Khashah cepat membesar, bijak dan dilindungi Allah. mummy love Khashah vry much...

Tuesday, 28 August 2012

QASIDAH ~ YA HANA NA

QASIDAH ~ YA HANA NA
~ Qasidah paling best & terbaik, pertama kali dinda mendengarnya terpaku&terpesona tak terhingga..
syukur pada Allah...
~ Qasidah ini dinda tujukan pada semua terutama kpd Khashah Adani bin Azri (Putera Dinda) & Suami Dinda Azri bin Ismail

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد

dzoharoddiinul muayyad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

ya hana na nabi muhammad dzalikal fadhlu minallah

يَا هَنَانَا

ya hana na

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى

khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله

ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah

يَا هَنَانَا

ya hana na

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر

min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar

وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام

waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam

يَاهَانَانَأ

ya hana na

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا

athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله

dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah

يَاهَنَانَا

ya hana na

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام

shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام

shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami

يَا هَنَانَا

ya hana na

Wednesday, 8 August 2012

MY BABY

Assalamualaikum,

KAKI KECIL KHASHAH ADANI
Dinda telah selamat melahirkan seorang Putera pada 13 Julai 2012 Jam 8:08PM di Hospital PPUM, Petaling Jaya.  Alhamdulillah dinda melahirkan secara normal. Melahirkan anak sulung adalah pengalaman paling indah dan sukar untuk diceritakan nikmat melahirkan yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap wanita. Dinda bersyukur kerana semuanya dipermudahkan oleh Allah. Linangan air mata kegembiraan menyambut kelahiran putera dinda. nama putera sulung dinda & Suami : KHASHAH ADANI BIN AZRI berat : 3.24kg (time lahir) but now 3.7kg (sudah membesar anak mummy). 13 Ogos 2012 ini genap 1bulan anak mummy. Mummy doa kan : Semoga Khashah Adani menjadi seorang anak y soleh dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah.

Tuesday, 3 July 2012

2 MINGGU - MENGHITUNG HARI

Assalamualaikum, wah rasa berdebar lagi 2 minggu bakal menjadi seorang ibu.. sekarang ni dinda tengah tunggu hari dan menanti saat kelahiran anak sulung.. semoga semua nya selamat dan dipermudahkan Allah, Amin ..
Dinda nk mintak maaf pada semua jika ada tersalah apa..